Sign In
Mobirise Website Builder
http://hbk.gov.bn/Images1/anugerah2023/hbk2023%20bc.png
YM Dr. Andery Lim
Anugerah Belia Cemerlang 2023

Penerima ini merupakan seorang Pegawai Pelajaran di Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan. Memiliki dedikasi yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi, beliau sering diundang selaku penceramah dan moderator dalam beberapa persidangan di peringkat antarabangsa. Beliau juga telah menerbitkan 15 artikel yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan meraih 589 petikan yakni citation dalam 418 dokumen berkaitan dengan sains dan teknologi. Kegigihan dan komitmen beliau menerajui bidang sains dan teknologi ini, melayakkan beliau sebagai anak Brunei pertama yang menerima pengiktirafan ‘Outstanding ASEAN Science Diplomat, The 3rd ASEAN Science Diplomat Assembly 2019’ dan ‘Fellow of ASEAN Science and Technology’. Beliau juga telah menerima pengiktirafan sebagai Ahli Lembaga Editorial, International Journal of Sustainable and Green Energy, Science Publishing Group, New York, USA. Selain aktif menyertai program-program antarabangsa, beliau turut mengadakan beberapa kursus pendidikan yang memberikan kefahaman kepada penuntut sekolah dengan menerapkan kaedah pembelajaran S.T.E.M. yakni Science, Technology, Environment and Mathematics. Sehingga kini, beliau telah berjaya melibatkan seramai lebih 20,000 orang penuntut dalam program yang beliau jalankan, menjadi penyelia kepada lebih 50 orang penuntut intern dan mentor kepada 11 orang mahasiswa/mahasiswi peringkat ijazah dan lepasan ijazah.

Attachments